shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Saturday, February 26, 2005

sajak untukmu sayang

Sajak Untukmu Sayangku

Aku sayang kamu
Umpama nyawa yang melekat dijiwaku
Aku sayang kamu
Terasa bagaikan alam sekeliling
berpesta bersama perasaanku
Aku sayang kamu
Setiap saat nafasku terasa hidup
untuk boleh terbang bersamamu
Aku sayang kamu
Dengan harapan kamu lebih menyayangiku
Dulu, sekarang dan
selamanya
Aku sayang kamu
Walau aku mati dan tidak di sisimu lagi
Aku tetap akan sayang kamu
Walau kamu ucapkan
Aku sayang kamu
kepada insan lain
Walau air mataku tidak berhenti
untuk membuktikan sayangku padamu
Aku tetap sayang kamu
Abadi,
Jiwa,
Ragaku
Selamanya.

25 feb 2005

Friday, February 25, 2005

mungkin nanti

peter pan
mungkin nanti


Saat aku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lupakan semua
Kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini
Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Tak usah kau tanyakan lagi
Simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
Semua rasa yang kau beri

Thursday, February 24, 2005

rupa-rupanya berpura-pura

Rupa-rupanya berpura-pura

Ayah yang garang
Polis yang garang
Di rumah garang
Di balai pun garang

Anak yang bangga
Kerana ayah seorang polis
Ayah pun bangga
Kerana anak menghormatinya

Penjahat diberkas
Anak pun diberkas
Ayah keliru, anak celaru
Rupa-rupanya, berpura-pura

23 nov 2004

hidup

hidup

Mengikut kata orang yang konon pandai
Siapa yang belajar sampai ke menara gading,
Sampai dapat berkeping-keping sijil
dialah orang yang patut dihormati
Tapi,
orang yang kita hormati itu...
hormatkah kita...
yalah...kitalah...
yang belajar pun tak habis
tinggal di pondok buruk..
makan...
hai...tengoklah macam mana
kalau cukup,
berisilah perut...
kalau nak beli sebutir beras pun berhutang
jangan haraplah nak kenyang

Kita susah di sini
Tapi,
masih mengagungkan orang pandai
masih nak puja mereka
Tahulah,
belajar dengan duit sendiri
tapi duit itu pun duit semua orang juga
yelah...duit kitalah...
kita menoreh di kebun mereka
kita yang menebas di dusun mereka
tapi mereka...
masih buat kita macam
kita ini bukan orang...
berapa sangat duit yang mereka beri sebagai gaji
nak dibandingkan penat lelah kita seharian
memang tidak patut
tapi,
kita masih tidak sedar
masih bodoh
masih degil untuk terima kenyataan

Biarlah mereka
Aku
dengan usaha aku sendiri
masih mampu untuk terus hidup
tanpa orang lain
yang hanya tahu
menggunakan orang
untuk diri sendiri....

24 feb. 2005- 9.18 pm

kepastian

Kepastian

Setiap kali aku inginkan kepastian
Kau lari untuk terima kenyataan itu
Bukan aku yang salah
Kau juga tentu tidak mahu mengalah
Aku bingung...
Boleh gila...
Tidak pasti tentang perasaan sendiri

Setiap kali aku inginkan kepastian
Kau lari untuk terima kenyataan itu
Larilah sejauh mana yang kau mahu
Aku juga ingin jauh dari kau
Walaupun rindu mungkin ingin
merebak di hati aku
Tapi,
Aku lagi tidak mahu
Hati aku di biar terguris

Setiap kali aku inginkan kepastian
Kau lari untuk terima kenyataan itu
Aku masih tidak mengerti
Mengapa bulan masih malu untuk muncul
di siang hari,
Mengapa matahari tidak mahu untuk menyinar
di malam yang semakin pilu

Mengapa kau masih tidak mahu
untuk terima kenyataan itu
Mengapa kau tidak mahu
untuk sentiasa di sisi aku

tajuk: kaybee
idea: lee
tempat: dalam kelas writing
time:lupe
tarikh: 23rd febuari 2005

untuk semua sahabat

Untuk Semua Sahabat

Untuk semua sahabat
Aku tujukan ini,
Sajak ini,
Untuk semua...
Kamu semua yang paling aku sayangi

Untuk semua sahabat
Terima kasih,
Sejuta kasih untuk semua sahabat
Kamu semua,
Kamu semua yang paling memahami aku

Untuk semua sahabat
Jangan berpaling,
untuk membenci aku...
Kamu semua,
Kamu semua yang menjadi
pembimbing aku

Untuk semua sahabat
Untuk kamu semua
Teruskan bergembira
Teruskan ceria menikmati hari-hari
yang masih tinggal untuk kamu semua
Kamu semua,
Kamu semua yang selalu
tersenyum untuk aku
Untuk semua sahabat
Lindungi aku waktu sedih
Tahankan air mataku dari jatuh
Tanamkan dalam diri aku
Bahawa,
Setiap saat nafasku,
Kamu semua,
Kamu semua ada
Di sisi aku

Untuk semua sahabat
Jangan pernah berfikir
untuk meninggalkan aku
Kerana hanya kamu semua,
Kamu semualah
Sahabatku,
Teruskan memanggil namaku
Kerana kamu semua
Sahaja,
Sahabatku....

23rd feb. 2005

kebimbangan

kebimbangan

di sudut hati yang lapang
tersorok satu rasa kebimbangan
bertanya-tanya setiap masa
tentang rahsia diri sendiri
segala kasih, sayang dan maruah
serta sepenuh kepercayaan
menjadi semangat untuk terus lapang

meneroka setiap inci dunia
mencari erti diri sendiri
diri yang masih kerdil dan lemah
adakah wajar semua tindakan
adakah segala kasih, sayang dan maruah
serta kepercayaan itu
dihargai sepenuhnya

nov 2004

tinggalkan aku

Tinggalkan aku

beratus-ratus maaf darimu
tidak mungkin ku harapkan
berkeping-keping air mata
tidak mungkin jua ku kasihan

diriku lebih merana
lebih tersiksa walau berapa sebab yang tersurat
hanya satu sahaja yang nyata
kau perlu tinggalkan aku

mana janji...
mana cinta...
entah pernah muncul atau tidak
mungkin terbang pergi
bersama air mata yang tidak terhenti

hanya satu sebab yang nyata
kau perlu tinggalkan aku
tidak peduli matinya jiwaku
tidak kisah hancurnya hatiku
hanya satu sebab yang nyata
kau perlu tinggalkan aku

26 nov 2004

bising

BISING

Bisingnya...Bukannya aku di pasar
atau di konsert rock
yang banyak sangat manusia
Aku di kelas sendiri
Kelas untuk aku cari ilmu sendiri
Tapi bisingnya
Ahh… bukannya aku tidak biasa
dengan caranya
Tapi hari ini bisingnya
Aku pun tak tahu


Bisingnya…
Kerusi, kipas, lampu… semuanya..
Semua tidak bersuara
Takut dengan bising
Semua tidak ceria
Siapalah yang bising sangat itu
Tidak penatkah dia…
Perlukah aku hentikan…
Hai… macamlah aku ni Jebat
Berani sangat untuk memberontak
Aku pun tidak tahu


Bisingnya…
Seperti biasalah
Aku, mereka, memang tidak akan tahan
Tapi, apa yang mampu
Hanya sehelai kertas kosong
yang masih tidak dicorakkan
Hanya pen sahaja yang menari-nari
di celah-celah jari mereka
Sebab bising

Semua hilang…
Minat…

Tarikan…
Ilmu…
Semuanya hilang
Entah ke mana melayang
Aku pun tidak tahu


Makin tak paham…
Bisingnya kamu di sana
Bila nak pergi
Aku pun tak tahu.

23rd feb. 2005

Monday, February 21, 2005

aku setia untuk kau

sedalam mana cintaku
aku tak pasti
adakah kau sedar tentangnya
atau kau hanya tahu untuk jauh
jauh dari ku
tapi masih menyatakan rasa cinta padaku
kuat sangat rasa cinta yang kau luah kan
tapi semakin hangat ucapan itu
semakin jauh kau pergi menyendiri

aku mahu tahu
aku tidak mengerti
tentang kau.. tentang kita
tentang semua yang pernah kau ucap kan

sejauh mane kau pergi
aku pasti setia untuk tunggu
menunggu kau
tidak kira masa
tidak peduli usia
tidak mahu yang lain
kau mesti tahu
aku setia untuk kau

aku mahu tahu
aku mahu mengerti
tentang kau...tentang kita
tentang semua yang pernah kau ucap kan

aku masih mencintai kau
selamanya
hanya untuk kau
selamanya
aku pasti
sangat pasti

Saturday, February 19, 2005

lepas kan aku

seperti yang aku duga
selama yang aku elak kan
hari ini aku sudah tidak mampu
biarlah
lepas kan aku....

tentang usaha
tentang semuanya
hanya aku yang tahu
susah...
perit..
sebak..
biar hatiku sahaja yang
menjerit...

lepas kan aku
aku mahu lari
darimu
jauh...
agar semua tak nampak
kamu..
mereka..
semua sama

lepas kan aku
sayang
aku merayu
menangis...di sini
lepas kan aku
jangan penjara kan aku
lepas kan aku sayang...

bebas kan

aku dan kamu
serupa
tapi
aku bebas
kamu juga boleh untuk bebas
tapi
kamu yang
masih menanti
kamu tahu
impian itu takkan hidup
tapi kamu
masih mengharap
mengapa
soalan untuk kamu
tak perlu kan jawapan
tapi kenyataan
bebas kan diri kamu
dengan gaya kamu
sendiri
harapan kamu pada langit
memang pasti takkan terbang
bebaskan diri kamu
sendiri

Friday, February 18, 2005

sesak

muncul kelibat besi satu persatu di pandangan..
bersama si pemegang besi berjalan berduaan seiringan...
pergerakkan sekawan mulai menjadi-jadi perlahan..
mengapa terbit soalan sedangkan tiada manusia dimula perlangkahan..

sekejap ke kiri..sekejap ke kanan si kawan bergerak..
silang..pangkah..ade yang sanggup teriak..
api sentiasa marak...tapi tiada tanda awan datang berarak..
kemana lari sibudak hitam..takkan takutkan orang sedang bersorak..

pak tam...tunduklah cari di mana letak kesalahan..
jangan asyik nak bertahta atas kayangan..
mungkin usia ganyut punca letak kesalahan..
beri peluang sibudak mencongak ketemu penyelesaian..
hish!!kau ni pak tam..lorong dah la sempit lagi nak di himpit..
keluar la sikit duit..jangan simpan buat bukit..
pak tam..kau tak reti ke orang dah sakit sikit perit..
silap-silap aku rasa ko balik sakit kena rempit..

2 jadi 3 kau tambah 1..
tapi dari 3 terus 1..ape ni tak paham aku..
1 dah sesak kau tambah 2..
berapa la nak tunggu?nak sampai ke tua..

nak kate tak marah..tu tipulah..
sebab aku tengok dah makin parah..
bile raya susahlah nak lihat terdedah..
asyik tempat sama sesak..org sama kena jaga,kena kerah..
bile nak selesai masalah..dan bile semua ni nak berubah??

by: fuad khalid

di sana

sibuknyer kamu
sampai org datang pon kamu masih di sana
sibuknya kamu
tak nampak ke hari dah malam
tak ingat ke nak pergi mandi
kamu tak kisah pon kan
busuk ke
lalat ke
kamu masih di sana
hey...ingat la
kamu mungkin ada kerja lain
kamu sendiri pon tak pasti kan
siapa la yang mengerti kamu
kamu pon tak kisah
siapa juga yang mahu megerti kamu
kamu tetap masih di sana
biarlah kamu sendiri
nanti org lain pula kamu bilang sibuk
sibuk kan hal rumah tangga kamu
tapi kamu masih di sana

Tuesday, February 15, 2005

sabtu

hari ini
hari sabtu
aku tahu
hari ini
satu lagi sabtu
yang bosan
aku tahu
setiap minggu
bosan
aku bosan
tapi
setiap hari
hari sabtu
yang paling aku nanti kan
aku rindu sabtu
aku rindu

kau

hanya kau dan aku
di sini selamanya
aku tahu
kau bukan di sini
untuk sesiapa
tapi hanya untuk ku
kerna aku
memang di cipta
untuk kau seorang
sihir dibibirmu
jelas menyatakan
aku memang
di cipta untuk kau
seorang
hanya kau seorang
dan hanya aku
saja
yang pasti akan memahami
segala tentang kau
aku yang sanggup
mengerti tentang duri
di hati mu
tentang luka di jiwa mu
yang pernah
kau alami
suatu ketika dulu
suatu ketika yang kau masih bingung
tentang mencari cinta hati
tentang memberi seluruh jiwa
kini aku tahu
yang kau tahu
dan sudah bijak memilih cinta hati
cinta jiwa
cinta sejati
kerna hari ini
KAU MEMILIH AKU
untuk penuhi
segala cinta yang kau impikan
aku juga tahu
kau cinta aku
sepenuhnya...

Monday, February 14, 2005

mengapa

mengapa ada aku tp mesti ada dia
semua ku beri
banyak yang kamu dapat
tapi
mengapa aku, kamu biar kesunyian
tapi
mengapa untuk dia, kamu terus ketawa
untuk aku hanya raut muka yang dingin
mengapa dulu segalanya indah
mengapa sekarang yang indah untuk dia
bukan salah kamu
juga bukan salah dia
tapi mungkin aku
sebab aku tahu
aku bukan sempurna
tapi aku rindu
semua yang dulu
biarlah segalanya
aku sudah hilang daya untuk bertahan
bukan aku yang mudah berputus asa
tapi kamu sendiri yang memang
tak pernah untuk berusaha...
aku cinta kamu
selamanya..