shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Sunday, May 29, 2005

tunang itu

kami...
masih ingat semua...
dia yang kami sayang
dia yang ingin kami senyum
dia yang ingin kami gembira
untuknya...

kami...
masih ingat semua...
dulu,
kami sering memanggilnya bulat
hahaha...
ketawalah dia
semua pun tidak ambil kisah
asal hati kami dan,
hati dia sendiri senang

hari ini kami masih ingat
dan sentiasa ingat
dia sentiasa sibuk untuk kami
tapi,
hari ini...
kami mesti sibuk untuk dia
sebab kami tahu
dia mungkin perlu kami
bahunya perlu ada kami
agar jiwanya tenang
disaat hari tunang itu
disaat waktu yang bahagia
baginya dan
pasti bagi kami semua
itu memang kami pasti

harapan semua
hanya yang terbaik...
untuk dia dan yang dicintainya
selama-lamanya bahagia...
-------------------------------------------
khas untuk shirah yang baru bertunang
selamat betunang!!!!

Wednesday, May 25, 2005

pernahkah kau terfikir-by the radios

pernahkah kau terfikir
yang ku tak mungkin melupakanmu
kehadiran mu yang lalu menceriakanku

hidupku pasti sepi
jika kau tiada di sisiku
ingin ku bersamamu seperti dulu

bintang berkelipan, tiada lagi seri
dan mentari pagi tak bersinar lagi

ku pasti suatu hari
kau kan mengerti isi hatiku
betapa kau ku perlu dalam hidupku
bersamamu.............

Saturday, May 07, 2005

sedia

hari itu baru aku tahu kebenaran
amat takut untuk aku terima
takut akan semua
hari ini aku ingin tenang
tapi aku tahu
esok masih panjang
esok masih samar
aku ingin kuat seperti yang lain
tapi aku tahu aku lemah
aku takut untuk kenyataan
kenapa setiap langkahmu dulu
aku pasti ingin di belakangmu
kenapa hari ini pula
aku berada di depanmu dan
tidak mahu untuk menoleh
kamu tahu aku sedia untukmu
tapi aku sebenarnya
takut untuk bersedia untukmu
dengarlah kasihku
aku merayu untuk hari esok
kamu akan sedia untukku
dan aku
akan juga sedia untukmu