shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Sunday, February 19, 2006

pemberian

smlm aku terima sesuatu
bukan seutas rantai berlian
bukan ais berkrim kegemaranku
bukan sejambak ros merah
tapi
cinta darimu
yang telah kamu kuat kan
sehingga aku pasti takkan lepaskan
terima kasih sayangku
ku kucup hati mu
sehingga kamu pasti takkan
lepaskan aku

akan bersambung...

Friday, February 17, 2006

Tolong aku

Telan semua tanpa hirau

Mati semua jangan risau

Bukan aku di sana

Bukan aku yang mahu semua

Sayang, aku sayangkan semua

Tanpanya aku hilang

Tolong aku di sini

Hapus kan semua ini

Dendam, marah tapi senyum

Jangan puja lagi

Teruskan membenci

Aku pedih tapi itu kenyataan

Ada riang atau kelam

Aku perlu pilih

Ada sinar ada gelap

Aku yang rasa semua

Tolong aku untuk telan

Jangan biar aku seorang

Sayang aku

Tolong sayang aku

Aku perlu berpeluk untuk cinta

Sayang aku

Tolong aku di sini

langit dari seberang

Langit dari seberang

Kelihatan cahaya merah
Menari keriangan
Kehidupan di langit
Tiada duka
Tiada sengsara
Langit dari seberang
Hanya mampu di tatap hiba
Di sini tiada langit
Di sini hanya kosong…

Walau waktu kadang cemburu
Tapi waktu itu tetap kawan
Di sisi tidak pernah hilang
Langit dari seberang itu
Percayalah bahawa itu
Bukan langit duka
Rianglah bersamanya
Rianglah bersama waktu di sisi
Walau sekejap waktu itu
Tiada nilai perlu dibayar
Untuk bersama tidur
Di sisi langit selesa…

Gapailah langit itu
Tunjukkan dirimu bukan lawan
Jadilah separuh darinya
Langit dari seberang
Mengapa hanya jauh di sana
Aku di sini entah mampu
Atau tidak aku keliru
Masih teringin untuk bersama
Walau jauh di langit seberang

17/11/2005

jauh

Jauh

Tiada kata yang masih terluah
Hanya hati yang membara
Bisu tanpa hujan
Tapi masih indah
Masih harum menusuk jiwa
Tidak mampu kah kamu
Untuk tahu
Atau hanya aku
Hanya hati yang berbicara
Tanpa perasaan sedih
Aku melihat raut mu
Hilang entah di mana
Berani ku hilang pergi
Sehelai demi sehelai
Aku sendiri relakan semuanya
Biarkan pergi
Sudah ku sedia untuk itu
Walau hati ingin jawapan
Tapi aku tahan untuk diam
Dari terima kenyataan
Mungkin pedih
Mungkin hati terhiris
Aku suka begini
Jauh dari semua itu
tapi aku aman sendiri
bekal ku hanya cinta ku
yang tercipta dari diri mu

10 dec 2005

jangan bongkak

Jangan bongkak

Jangan bongkak di sana
Kamu bukan selama itu
Selama mana yang kamu ingat
Masih belum cukup lamanya
Kamu sendiri bukan tahu
Atau kamu masih tercari-cari jawapan
Terserah pada kamu sendiri di sana
Dan kami yang tersekat
Perpaut hanya pada dahan yang lemah
Jadikan diri kami ini sempurna
Jangan bongkak disana

Kamu hanya sendiri
Tapi masih tidak pasti tentang itu
Masih menari
Masih ketawa
Riang kamu di sana bukan di kongsi
Kami di sini masih perlu kamu
Jadikan kami ini senpurna seperti kamu
Jangan kamu bongkak di sana

Tiada sedar di sana lagi
Tetap di sana dan di sana
Dan masih di sana
Jangan kamu bongkak
Jangan bongkak
Selagi ada kami,
Kamu masih manusia di bumi

10 dec. 2005