shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Sunday, September 11, 2005

harta kita

Harta kita

Sayang ku
Jangan diri mu resah tanpa ku
Bukan ku yang perlakukan semua
Sehingga diri mu lemah segalanya
Kau tunduk menyembah tanah
Walau dulu diri mu adalah raja
Walau dulu hidup mu tinggi
lebih jauh tinggi berbanding semua

sayang ku
aku tahu tentang kekalahan mu
aku tahu diri mu pergi dulu
walau belum sempat pipi mu merasa
setitik pun air mata mu
mengalir di setiap sudut tubuh mu
percayalah sayang ku
bukan senang walaupun mudah

sayang ku
aku mahu diri mu yakin terhadap ku
walau aku disini masih megah
aku tahu aku pasti diperlaku
seakan diri mu dulu
aku amat pasti tentang itu
aku amat pasti tentang kehidupan

sayang ku
walau susah
walau aku di cantas
walau aku di robek
walau aku di musnah sekalipun
aku tetap bangga
aku lahir di tanah ini
aku berbakti sepanjang hidup ku

sayang ku
aku bersungguh berkorban
demi tanggungjawab aku
demi generasi aku nanti
pasti boleh percaya
bahawa mereka tunggak warisan
warisan suci dari temurun
yang telah aku perjuangkan


bersabarlah sayang ku
matinya kita bukan hanya remeh
tapi untuk bukti
kehidupan yang sementara ini
lebih berharga banding segala
tidak ternilai oleh manusia
yang selama ini hanya karut
hanya hidup untuk harta kita…



oleh : Liyana Mohd Annuar
0431578