shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Thursday, February 24, 2005

untuk semua sahabat

Untuk Semua Sahabat

Untuk semua sahabat
Aku tujukan ini,
Sajak ini,
Untuk semua...
Kamu semua yang paling aku sayangi

Untuk semua sahabat
Terima kasih,
Sejuta kasih untuk semua sahabat
Kamu semua,
Kamu semua yang paling memahami aku

Untuk semua sahabat
Jangan berpaling,
untuk membenci aku...
Kamu semua,
Kamu semua yang menjadi
pembimbing aku

Untuk semua sahabat
Untuk kamu semua
Teruskan bergembira
Teruskan ceria menikmati hari-hari
yang masih tinggal untuk kamu semua
Kamu semua,
Kamu semua yang selalu
tersenyum untuk aku
Untuk semua sahabat
Lindungi aku waktu sedih
Tahankan air mataku dari jatuh
Tanamkan dalam diri aku
Bahawa,
Setiap saat nafasku,
Kamu semua,
Kamu semua ada
Di sisi aku

Untuk semua sahabat
Jangan pernah berfikir
untuk meninggalkan aku
Kerana hanya kamu semua,
Kamu semualah
Sahabatku,
Teruskan memanggil namaku
Kerana kamu semua
Sahaja,
Sahabatku....

23rd feb. 2005

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home