shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Saturday, July 23, 2005

kekasih ku yang abadi

helai demi helai
nafas aku ini
kamu sedut perlahan
kini cinta jadi satu
tiada dua atau seribu
tapi satu
kamu rakus untuk aku
aku sedia untuk semua
kekasih malam ku
jadikan aku
setia untuk malam yang lain
jadikan aku
kekal untuk terus bernafas
nafas hanya untuk kamu
nafas untuk merasa kamu
biar hilang segalanya
aku rela dan pasti
hidupkan aku
setiap hari...
kekasih ku
aku sangat cinta kamu
cintailah aku sehangat pelukanmu
cintailah aku,
seerat genggaman badanmu,
kekasih ku yang abadi

Thursday, July 21, 2005

lalluby windu by wanie.k

malam hadir dengan hambar
saat kau putuskan kata
tak akan ku tidur lena
bila duka hinggap dijiwa

bawa daku kepadamu
pada belai jemarimu
ku ingin ke waktu itu
saat kita jadi satu

malam itu datang lagi
aku hilang kawalan diri
nafasku bisa berhenti
andai kau tiada lagi

cinta.. jangan kau pergi
tak mungkin ku cari
cinta sepertimu
cinta.. andai kau pergi
hidup tiada erti
tanpa pelukanmu

rela aku bersendiri
andainya kau tiada lagi
lidah kelu tak berkata
hati gugup tanpa rasa

cubalah kau tuk fahami
bait cinta yg ku beri
bisikkan ke telingamu
kerna kau hanyalah satu

cinta.. jangan kau pergi
tak mungkin ku cari
cinta sepertimu
cinta.. andai kau pergi
hidup tiada erti
tanpa pelukanmu

Saturday, July 16, 2005

lupa

masih aku ingat tentang dulu...
cerita-cerita kita
aku dan kamu...
hebat untuk semua
tapi kamu mesti ingat sendiri
aku dan kamu
untuk sekarang telah hilang
aku mesti lupa semua..
bukan untuk sendiri
tapi untuk kamu sendiri..
kamu yang cari
kamu yang campakkan jauh
hati aku..

aku dan dia
kini di surga bahagia
jangan kamu datang
walau di genggaman kamu
kini ada bulan bersinar riang
walau ada mutiara cantik tersenyum
atau kau ingin terbang bersama aku
di atas awan yang menari-nari,
aku di sini cukup sibuk untuk dia..
masa depan aku di tangan dia..
cukuplah sekadar bekalannya
iaitu hatinya yang berkata
'kamu cinta aku seorang hingga ke surga'