shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Thursday, February 24, 2005

tinggalkan aku

Tinggalkan aku

beratus-ratus maaf darimu
tidak mungkin ku harapkan
berkeping-keping air mata
tidak mungkin jua ku kasihan

diriku lebih merana
lebih tersiksa walau berapa sebab yang tersurat
hanya satu sahaja yang nyata
kau perlu tinggalkan aku

mana janji...
mana cinta...
entah pernah muncul atau tidak
mungkin terbang pergi
bersama air mata yang tidak terhenti

hanya satu sebab yang nyata
kau perlu tinggalkan aku
tidak peduli matinya jiwaku
tidak kisah hancurnya hatiku
hanya satu sebab yang nyata
kau perlu tinggalkan aku

26 nov 2004

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home