shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Saturday, May 07, 2005

sedia

hari itu baru aku tahu kebenaran
amat takut untuk aku terima
takut akan semua
hari ini aku ingin tenang
tapi aku tahu
esok masih panjang
esok masih samar
aku ingin kuat seperti yang lain
tapi aku tahu aku lemah
aku takut untuk kenyataan
kenapa setiap langkahmu dulu
aku pasti ingin di belakangmu
kenapa hari ini pula
aku berada di depanmu dan
tidak mahu untuk menoleh
kamu tahu aku sedia untukmu
tapi aku sebenarnya
takut untuk bersedia untukmu
dengarlah kasihku
aku merayu untuk hari esok
kamu akan sedia untukku
dan aku
akan juga sedia untukmu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home