jawapan
Jawapan
Tiada cinta…Itulah jawapan
Walau aku bahagia…walau aku derita
masih tiada cinta untuk kamu…
Biar malam ini indah
bersama bintang yang bersinar
Biar malam ini aku nikmati
bersama cinta yang aku damba
tiada cinta… itulah jawapan
untuk diri kamu
pinta sebuah kemaafan
jika diri aku meresahkan kamu
jika diri ini membuat raga kamu merana
jika kamu pinta pemergianku,
Aku rela jauh
jika kamu pinta ku tetap disini.
Aku masih menyayanyi kamu
tapi untuk cinta nyawa aku,
hanya di bintang hati
bintang hati aku… selamanya…
tiada cinta… tidak perlu kamu tunggu
didepan kamu ada bahagia…cari dan selaminya
Agar kamu tidak menyesal
Takut jika penantian kamu berakhir
tapi di sisipan duka,
lebih baik berhenti…
takut jika kamu rasakan harapan
tapi yang belum pasti,
kamu tetap harus berhenti…
Walau duka atau pasti
berhenti untuk berharap..
berhenti untuk percaya..
jalinan ini akan berbuah sehelai cinta,
Kerana aku..Tidak rela dan amat duka,
Untuk melihat kamu terus menunggu…
Tiada cinta… untuk diri kamu, sekian dulu
hingga untukmu, kini…
hati aku bukan untuk kamu
Dengar hati sendiri yang berbisik
Katakan pada diri kamu sendiri bahawa
Aku tidak layak dinanti
Kamu perlu bahagia sepertiku…
Sahabat
kunanti darimu sejuta kemaafan
Kupohon agar kamu faham dan terus di sisiku…
November 21st 2006
4 Comments:
Welkam back, Shemod! The best blog ever exist!
terima kasih (nampak sangat perli)
blog yg best and cute cam tuan die gak...
~Sahabat
kunanti darimu sejuta kemaafan
Kupohon agar kamu faham dan terus di sisiku…~
Dia bah: Lee!!! =) ogenki desu ka?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home