shemod

biasa-biasa bukan luar biasa

Monday, June 06, 2011

Kursus Adobe Photoshop CS

Selama tiga hari bermula hari ini aku akan mengikuti kursus Adobe Photoshop CS di ILSAS. Apa yang best tentang kursus ni???hahahhaha...selain dari aku berminat untuk berlajar, kursus ini free sahaja. Semua yuran ke makanan ke di tanggung oleh TNB. Wah!!!
Suami aku kata kenapa tak belajar di You Tube???hai orang dah nak tanggung kite amek jela...hahahha.
Tapi setakat 1 hari ni aku masih dalam keadaan blur lagi...mungkin sebab baru belajar...takpe usaha lagi!!!!!!!!!!!!

Monday, February 14, 2011

Riang hilang

Masih mencari-cari lagi
Kata-kata yang hilang
Dalam kepekatan arus diri
Rindu pada riang

Mari bersama cari
Engkau di sana mana?hilang?
Dalam kepekatan arus diri
Rindu pada riang

Jumpa aku di tepi
Engkau mesti berhenti
Jangan terus berlari
Singgah dan lihat aku di sini
Bawakan riang itu sekali

Dalam kepekatan arus diri
Rindu pada riang

14 Februari 2011
6.00 Petang

Thursday, April 29, 2010

~~alahai~~

Seribu kemaafan kerana sudah lama tidak menulis.
Haha..terasa mahu menulis balik sebab ada la orang tu.
Haha..orang tu dah bersara dah...nak jugak blog macam ni...cis..
Tidak mengapa..pilihan dia...ok.
nnt tulis lagi

Friday, June 05, 2009

Malam Ini

Malam ini aku sendiri

Menemani diri ku

Gelak tawa sang kambing

Tarian gelek si tikus

Saturday, January 31, 2009

Gemdah

Gemdah (gembira dan indah)
Hati aku berbunga gembira
Itu yang selalu aku dengar
Ya…aku tahu
Sekarang pun aku masih tersenyum
Walau di depan aku cuma konkrit dinding

Hati aku berbunga indah
Itu yang memang aku rasa
Ya…aku tahu
Sekarang ini pun aku masih tersenyum
Walau di depan aku cuma pokok merimbun

Masa yang berlalu
Tolong bawa sama perasaan ini
Mungkin ini mainan tidurku
Mungkin juga ini khayalan
Tapi aku mesti bawa ini bersama masa
Biar gembira dan indah ini selamanya denganku

November 14, 2008
1.27 pm

terima kasih

Terima kasih sayang ku
Walau beribu kali ku hemburkan kata
Kau tidak pernah memahami ku
Tapi
Aku tahu kau cuba

Terima kasih sayang ku
Kerana masih sanggup untuk ku
Kau tidak pernah jemu
Tapi
Aku tahu kau terluka

Terima kasih sayang ku
Untuk sejuta kasih yang kau curahkan
Pada ku yang tidak layak
Tapi
Kau mesti tahu
Aku terima kasih mu sepenuh nyawa ku

January 30, 2009

masa

masa
Masa yang berlalu
Jangan pergi kalau untuk derita
Hentikan perjalanan mu
Biar berhenti walau untuk selamanya

Masa yang berlalu
Berlarilah sepuas mu
Kalau itu membawa kepada bahagia
Aku mahu ikut

Tiada kepastian di sini
Aku
Dia
Hidup
Masa depan
Hanya masa yang menentukan

Masa yang berlalu
Kau pilihlah jalan mu

November 14, 2008
2 am

Saturday, January 17, 2009

Mencari wanita

Andai rumah perlu tiangnya
Andai perahu perlu pendayungnya
Andai laut rindukan pantainya
Andai kata-kata dambakan makna
Begitu juga kehidupan sempurna
Tidak lengkap tanpa wanita

Oh itu wanita

Oh itu wanita

Sekilas pandang ku lihat jiwa nya
Bernyawa tabah menjadi pembimbing
Didik sampai menuju ke depan
Oh itu wanita

Ku pandang tepi susuk manis nya
Berseri indah penyejuk mata
Damai untuk mengerat sayang
Oh itu wanita

Tiada makna beradu tanpa senyumannya
Ku lihat seharian tanpa rehat
Walau matahari walau bulan
Hidup untuk yang tersayang
Oh itu wanita

Bukan mimpi belaian kasihnya
Terlalu suci untuk di tolak
layak kah aku untuk kasihnya?
Tiada ganti, sukar di cari
Oh itu wanita

november 13, 2008

Saturday, July 26, 2008

Surat untuk dodo

Kehadapan kamu yang aku rindu

Apa khabar kamu di situ?

Aku di sini tanpa mu,

Mungkin sepi, mungkin jemu

bingung


imaginasi mula menari tentang kamu

Kamu yang tidak jelak

Menggangu tidur ini

Manja, gesel, cium, pelok

Ah, buat aku lebih rindu lagi

Lagi


Aku mudah diam sekarang

Orang mudah tengok,

pandang

Tapi kamu tetap pergi,

hilang

tidak mahu tetap di sini,

pulang


Surat untuk dodo

Aku tulis untuk kamu

Aku di sini tanpa kamu,

Mungkin sepi, mungkin kelu


Surat untuk dodo

Bermainlah sepuas suria

Kalau sana meow mu lebih bermakna

Aku pasti aku rela,

selamat tinggal selamanya

Jan 2008